^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Berita

Program Kasih Syawal ini, seramai 50 orang penghuni dari Rumah Anak Yatim Nur Kasih dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak, diraikan Yayasan Perak di Mydin Hypermarket Meru Raya pada 20 Jun 2017 yang lalu. Yayasan Perak memberi peluang kepada mereka untuk merasai kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memberikan satu set lengkap baju melayu dan baju kurung. Selain itu, ini adalah inisiatif Yayasan Perak dalam mendekati dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Turut hadir bersama, Puan Aida Hazlyn Binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak serta pegawai-pegawai Yayasan Perak.

Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook