^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

1. Apakah fungsi Yayasan Perak? 

Yayasan Perak menyediakan bantuan pendidikan untuk anak-anak negeri Perak yang menuntut di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


2. Berapakah kadar Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak yang disediakan bagi kursus diperingkat Sijil/Matrikulasi,Diploma dan Sarjana Muda? 

Bagi kursus Sijil/Matrikulasi akan diberi sumbangan sebanyak RM300, bagi kursus Diploma RM500, bagi Sarjana Muda (Bukan Profesional) akan diberi sebanyak RM1000. Manakala bagi Sarjana Muda (Profesional) akan diberi sebanyak RM1200.


3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon bantuan pelajar miskin ke IPTA?


[ Rujuk Syarat-syarat permohonan Dermasiswa]


4. Bolehkah saya memohon Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak melalui online? 


Boleh. Klik di sini >> Permohonan Dermasiswa Online

5. Bolehkah saya memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kerana pada masa ini saya masih lagi tidak mempunyai pekerjaan? 

Tidak boleh, tempoh bayaran balik pinjaman adalah enam (6) bulan selepas tamat pengajian seperti yang terdapat di dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, boleh diberi budi bicara untuk mengurangkan ansuran bulanan tetapi jumlah pinjaman adalah tetap tidak berubah.


6. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Perak dalam membangunkan sektor pendidikan negeri Perak? 

Yayasan Perak telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam memastikan pembangunan pendidikan di Negeri Perak. Antaranya termasuklah Program Tuisyen Gemilang Yayasan Perak, Skim Galakan Tahfiz Al-Quran, Skim Biasiswa Kecil dan Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak.


7. Bolehkah saya berurusan secara terus dengan Yayasan Perak untuk memohon biasiswa kecil tanpa melalui sekolah atau Pegawai Pelajaran Daerah? 

Boleh, tetapi pemohon mestilah mendapat pengesahan dan semakan daripada sekolah dan Pegawai Pendidikan Daerah.

Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook