^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

 

 

Yayasan Perak mengalu-alukan pembayaran balik pinjaman pelajaran daripada tuan/puan. Pembayaran boleh dibuat melalui :

  1. Bank draf/Kiriman Wang Pos/Cek Peribadi di atas nama "Yayasan Perak"dengan menulis nama dan nombor rujukan fail di belakangnya.
  2. Atau

  3. Secara terus dengan Bank Muamalat Akaun No. 08040002547718. Salinan asal slip bank hendaklah ditulis nama serta nombor fail di belakangnya dan dihantar ke Yayasan Perak bagi proses pengeluaran resit.
  4. Atau

  5. Bayaran Balik Di Kaunter Pos Malaysia Berhad. Anda cuma perlu maklumkan 5 perkara berikut kepada petugas kaunter:
    • Nombor MyKad
    • Nombor Fail
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • Amaun Bayaran (minimum RM50.00)
    (Setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 oleh Pos Malaysia Berhad.)
  6. Atau

  7. Bayaran Balik Secara Pos Online. Anda juga boleh membayar secara atas talian (Pos Online) dengan melayari laman web http://www.pos.com.my.
    (Setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 oleh Pos Malaysia Berhad.)

Adalah diharapkan tuan/puan dapat menjelaskan tunggakan bagi mengelakkan daripada tindakan undang-undang. Sebarang kesulitan sila hubungi Unit Pembiayaan untuk maklumat selanjutnya.

 

** Bagi Peminjam Yayasan Perak, sila maklumkan kepada Unit Pembiayaan jika terdapat sebarang pertukaran alamat.

 

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima Kasih.

 

Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook