^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak

 

Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran kemasukan pengajian SEPENUH MASA SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Penddikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM5,000 sahaja.

Berikut merupakan Kadar Pemberian Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak (Mulai 1 Julai 2017)

 BIL. PERINGKAT PENGAJIAN 

PENDAPATAN ISIRUMAH

RM3,000.00 KE BAWAH 

PENDAPATAN ISIRUMAH

RM3,001 - RM5,000 

 1. SIJIL (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)  300.00 300.00 
 2. DIPLOMA 500.00  500.00 
 3. IJAZAH SARJANA MUDA  800.00  800.00 
 4. IJAZAH SARJANA MUDA (PROFESIONAL) 1,200.00 1,000.00

Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh didapati >>di sini<<


**Mohon Dermasiswa secara online di sini

**Borang Permohonan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.

 

Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook