^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

OBJEKTIF


  • Memaju dan memperbaiki peluang-peluang pendidikan di kalangan rakyat negeri di dalam mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
  • Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa-biasiswa atau pinjaman-pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan atau pendidikan bagi rakyat negeri.
  • Memaju, menggalakkan dan membantu bagi mengadakan di dalam negeri kemudahan-kemudahan bagi pengajian tinggi oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana pengajian tinggi di Malaysia.
  • Memberi bantuan kepada organisasi-organisasi atau institusi-institusi sukarela, khairat, saintifik, perubatan, kebajikan, sosial dan pendidikan dan menyumbang bagi mengatasi apa-apa kecemasan khasnya di dalam negeri dan Malaysia amnya.
  • Mengadakan, memperbaiki dan mendapatkan kemudahan-kemudahan yang mencukupi bagi rakyat negeri di dalam mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
  • Memaju, membantu dan mengadakan bantuan kewangan kepada orang perseorangan, organisasi-organisasi dan institusi-institusi yang menjalankan penyelidikan-penyelidikan sains, politik, sosial, ekonomi dan lain-lain penyelidikan.
  • Memaju dan menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan di dalam negeri.
  • Menggalak,membantu dan mengadakan bantuan kewangan kepada kelab-kelab dan organisasi-organisasi lain dalam negeri bagi meninggikan mutu sukan di dalam negeri.
  • Memaju dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti perindustrian, kewangan dan komersil orang-orang Melayu dan bumiputera lain dari kalangan rakyat negeri.
  • Membantu negeri dengan apa-apa cara yang Yayasan fikirkan patut bagi maksud pembangunan kemajuan sosial dan ekonomi.
  • Menggalakkan pertumbuhan identiti Malaysia, kesedaran nasional dan toleransi antara kaum, muhibah dan kesefahaman yang sihat dan harmoni di antara semua kaum di dalam negeri khasnya dan Malaysia amnya.

Inti pati objektif Yayasan Perak adalah 'compliment' dan 'supplement' dalam memajukan dan menggalakkan bidang pendidikan, pelajaran, kemajuan masyarakat, kebudayaan/kesenian dan sukan serta rekreasi.

 

Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook