^Back To Top
foto1 foto2 foto3 foto4 foto5

BANGUNAN YAYASAN PERAK

bangunanYPold

Bangunan Yayasan Perak -
Bangunan Warisan Negeri Perak

Pada 1 Januari 2004 genaplah 100 tahun bangunan Yayasan Perak. Bangunan ini mempunyai sejarah kronologinya yang tersendiri. Bangunan ini mula dibina pada Januari tahun 1904. Ia dibangunkan sebaris dengan penempatan awal pekan Ipoh. Pembinaan bangunan ini dilaksanakan oleh P.C.J. W. Birch iaitu Residen ke empat Negeri Perak yang merupakan anak kepada J.W.W Birch. Residen pertama Negeri Perak yang mentadbir Negeri Perak dari tahun 1900 hingga 1912. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1904. Pekerja terdiri daripada orang-orang Cina dan Jawa.

Bangunan ini pada asalnya adalah 2 tingkat dan mempunyai loteng. Tingkat bawah dibina menggunakan batu bongkah manakala tingkat atas adalah daripada kayu, rotan dan buluh. Bangunan ini diubahsuai mengikut peredaran masa sehinggalah dilihat pada hari ini.

Semasa bangunan ini di bawah pentadbiran P.C.J. W. Birch, beliau menjadikan bangunan ini sebagai stor menyimpan barang, tempat mengeluar lesen mendulang dan gudang menyimpan barang-barang keperluan untuk berurusniaga.

Selepas tahun 1912, bangunan ini digunakan sebagai tempat percetakan akhbar dan risalah. Ia dikenali dengan nama “The Times Of Malaya”. Bangunan ini diubahsuai lagi pada tahun 1935 semasa pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu. Pengubahsuaian melibatkan penggunaan konkrit dan batu untuk bangunan setinggi empat tingkat. Pihak British menggunakan bangunan ini sebagai penyebaran maklumat dan penerbitan untuk tujuan propaganda.

Pada tahun 1945, Jepun telah mengambilalih bangunan ini dan dijadikan tempat tahanan banduan sementara. Selepas merdeka, bangunan ini telah dijadikan sebagai Pejabat Persekutuan yang diduduki oleh Pejabat Pos, Jabatan Parit & Saliran, Jemaah Elektrik dan sebagainya lagi.

Pada tahun 1985, Yayasan Perak telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Perak bangunan ini dengan nilai premium RM3 iaitu RM1 setiap satu lot. Bangunan ini telah diubahsuai secara keseluruhannya di bahagian dalamnya seperti ruang pejabat, dapur, tandas dan juga membina tangga keselamatan di bahagian belakang bangunan tetapi masih mengekalkan rekabentuk asal dibahagian hadapan.

Yayasan Perak mula beroperasi pada tahun 1986 dan bangunan ini masih digunakan sehingga sekarang. Semua pengubahsuaian bangunan ini, lambang FMS (Federal Malay States) dikekalkan. Bangunan ini telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan dalam tahun 1991. Kini, genaplah usia bangunan Yayasan Perak 106 tahun (1904-2010).


Copyright © 2013. yayasanperak.gov.my Rights Reserved.


Facebook