Sebanyak 90 Kotak Harapan telah berjaya diagihkan kepada asnaf di sekitar Gugusan Manjoi sempena Kembara Merdeka DUN Manjoi. Majlis penyerahan dijalankan di beberapa masjid sekitar Manjoi oleh Pengerusi Yayasan Perak, Yang Berhormat Asmuni Awi. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban asnaf yang menerimanya. Program Kembara Merdeka DUN Manjoi dan beberapa program lain sempena bulan kemerdekaan ini akan diteruskan sehingga tibanya Hari Malaysia pada 16 September 2019.

BERITA SEMASA