TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Bantuan ini bertujuan untuk:

a) Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi     kegunaan anak semasa melanjutkan pengajian di universiti.

b) Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.

c) Mengelakkan daripada menanggung beban hutang yang tinggi di kemudian hari.

KADAR PEMBERIAN

Perkara Nilai Bantuan
Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional RM200

Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:

1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan         Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;

2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;

3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)

5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;

6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.

Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 

SYARAT BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan anak kelahiran Negeri Perak

2. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

3. Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok) mulai 1 Januari 2019.

4. Kelahiran anak di Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.

5. Permohonan dibuka sepanjang tahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.

2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.

4. Borang Permohonan:

a) Sokongan/Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.

 

 

Borang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN atau salinan kad SSPN