Yayasan Perak telah berjaya mengedarkan sepuluh Kotak Harapan kepada golongan asnaf sekitar Manjoi. Ianya telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Perak, Yang Berhormat Haji Asmuni bin Awi dalam Program Ziarah Kasih anjuran Jabatan Penerangan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Manjoi, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Program Ziarah Kasih ini diadakan bersempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2019 yang dilancarkan malam sebelumnya bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah(sebelum ini dikenali sebagai Bulatan Aman Jaya).