13 Oktober 2019 (Ahad) : Penyerahan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Fakhruldin bin Mohd Hashim selaku Anggota Yayasan Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pendidikan Yayasan Perak. Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Puan Rohana binti Mohammad selaku Timbalan Pengurus Besar Yayasan Perak. Seramai 63 orang penerima merangkumi penuntut diperingkat diploma, ijazah, sarjana dan ijazah doktor falsafah telah menerima bantuan masing-masing. Majlis berlangsung di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Meru dan turut dihadiri oleh Penghulu dan Ketua Kampung. Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.