Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Pertama sekali saya mengucapkan ucapan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Yayasan Perak dimana laman web rasmi ini merupakan medium perhubungan yang penting untuk menyampaikan berita dan informasi dengan tepat dan pantas kepada masyarakat umum. 
Saya juga ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya saya berpeluang menerajui Yayasan Perak sebagai Pengerusi Yayasan Perak yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2018. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pimpinan Yayasan Perak. 
Yayasan Perak merupakan sebuah organisasi yang menjalankan program dan kemudahan pendidikan dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Menyedari hakikat kepentingan sektor pendidikan di samping memastikan masa depan anak Perak terjamin dan tiada yang menghadapi masalah untuk meneruskan pembelajaran, Pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai bantuan berkaitan pendidikan yang wajar dimanfaatkan oleh golongan yang disasarkan. Selain itu, Yayasan Perak diperluaskan lagi bagi membantu dan memperkukuhkan peranan dari aspek pembangunan sosial dan kemasyarakatan di Negeri Perak.
Daripada program yang dilaksanakan dan bilangan penerima manfaatnya, jelas menunjukkan bahawa keutamaan Yayasan Perak adalah untuk membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup dan menerima bantuan secara langsung. Saya berhasrat untuk Yayasan Perak dalam usaha memperkasakan fungsi dan peranan Yayasan Perak agar rakyat di negeri ini mendapat faedah dan manfaat sebaiknya.
Justeru itu, adalah diharapkan laman web ini juga dapat digunakan sebagai saluran yang tepat untuk memberi informasi mengenai program-program serta bantuan-bantuan yang dilaksanakan oleh Yayasan Perak kepada pengunjung.

Sekian, salam hormat.

YB TUAN HAJI ASMUNI BIN AWI

PENGERUSI YAYASAN PERAK