Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya dan saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Yayasan Perak.
Dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segala aspek kehidupan, Yayasan Perak sentiasa ingin menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan Program-program bantuan Yayasan Perak serta pelbagai lagi maklumat kepada rakyat Negeri Perak khasnya dan masyarakat umum amnya.
Dalam masa yang sama, untuk mempertingkatkan lagi peranan Yayasan Perak dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan bagi semua rakyat Negeri Perak.
Slogan Yayasan Perak iaitu Iltizam Pendidikan, Transformasi Insan jelas membuktikan komitmen Yayasan Perak dalam membantu melahirkan masyarakat dari setiap golongan dengan memberikan bantuan dari segi pendidikan dan juga pembangunan sosial untuk kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Perak.
Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan dan kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Perak. Selamat melayari Laman Web Yayasan Perak dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan

TUAN HAJI MOHAMMAD YUSOFF BIN ABUSTAN

PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK